Bangunan runtuh ragut 8 jiwa

Bangunan runtuh ragut 8 jiwa

NEW DELHI, 29 Julai – Sebahagian daripada bangunan 13 tingkat yang sedang dibina di barat bandar India Pune roboh pada hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan pekerja, kata pegawai bomba.

Pegawai itu berkata bahagian atas bangunan terhempas ke tanah.

Anggota menyelamat sedang mencari pekerja yang mungkin terperangkap dalam runtuhan, kata pegawai, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada wartawan. Pune terletak 160 kilometer dari tenggara Mumbai, ibu negeri Maharashtra.

Perobohan bangunan biasa berlaku di India, di mana permintaan yang tinggi untuk rumah dan peraturan yang longgar telah menggalak beberapa pembina mengambil jalan pintas, menggunakan bahan substandard atau menambah tingkat tambahan yang tidak diluluskan.

Pada April 2013, 74 orang terbunuh apabila sebuah bangunan lapan tingkat yang sedang dibina di pinggir bandar Mumbai di barat negeri Maharashtra roboh. Ia adalah perobohan bangunan paling teruk di negara dalam beberapa dekad. – AP

ARTIKEL YANG SAMA