Bangunan tinggi berdinding pokok hijau semakin digemari di dunia

KELIHATAN balkoni sebuah bangunan dipenuhi dengan cabang-cabang pokok malah sinar matahari memancar memberikan ruang yang sedikit di dalam sebuah apartmen di bangunan berkenaan.

Begitulah yang berlaku di dua buah bangunan pangsapuri di tengah-tengah kota Milan yang mana hampir keseluruhan bangunan itu ditutupi oleh daun-daun hijau. Idea itu sebenarnya berasal dari seorang arketik, Milan Stefano Boeri, atau lebih dikenali dengan gelaran Bosco Verticale (hutan yang menegak). Arketik itu telah menggunakan lebih dari 20,000 pokok dan tumbuh-tumbuhan untuk menghiasi salah sebuah bangunan tertinggi di kawasan itu dari bawah hingga ke atas.

Malah akibat kehebatannya, trend ini kini berkembang ke seluruh dunia seperti di China dan juga Belanda.

Kedua-dua bangunan itu merupakan bangunan yang tertinggi di kawasan berkenaan iaitu di kawasan Utara Itali yang telah menggunakan pendekatan bangunan hijau malah para penghuni pangsa di bangunan termasuk seorang selebriti pemain bola sepak, Ivan Perisic, memberikan satu pemandangan yang terbaik seperti pemandangan kota Porta Nuova dan sekelilingnya.

Apa yang menarik, setiap balkoni dibangunan itu turut dipenuhi dengan pokok ceri, epal dan zaitun malah banyak lagi.

Arkitek dan pasukannya kini bekerja keras untuk menyelesaikan beberapa projek Vertical Forest di seluruh dunia termasuk di Lausanne di Switzerland, Utrecht di Belanda, Sao Paolo di Brazil dan Tirana di Albania. – AFP

Setiap pokok diletakkan pada posisi mengikuti ketahanan mereka untuk menentang angin dan keutamaannya untuk menerima cahaya matahari atau kelembapan.

Boeri b erkata bahawa iadea itu datang dari obsesinya sendiri yang terlalu minat terhadap pokok-pokok dan bertekad untuk menjadikannya sebagai salah satu komponen yang penting dalam bidang seni bina khususnya dalam menangani memerangi perubahan iklim. “Saya berada di Dubai pada tahun 2007 dan saya telah melihat bandar ini berkembang hebat di tengah padang pasir, dengan lebih daripada 200 menara kaca dibina untuk mengalikan kesan haba,” tambahnya lagi kepada wartawan AFP.

Selain itu, arketik itu mahu mewujudkan sesuatu yang boleh memberikan satu kebaikan dalam sebuah kehidupan dan boleh menyumbang untuk mengurangkan pencemaran, kerana pokok akan menyerap mikropartikel dan CO2. “Kebanyakan ibu-ibu kota kini akan menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada CO2 yang ada di atmosfera dan membawa lebih banyak pokok ke kawasan bandar iaitu bermaksud untuk menentang musuh di tempat kejadian,” tambah Boeri lagi kepada wartawan media.

Bangunan tertinggi terbaik di dunia

Dirasmikan pada tahun 2014, bangunan ini dikenali sebagai ‘Vertical Forest’ dan telah memenangi Anugerah Highrise Antarabangsa Frankfurt yang berprestij dan Majlis Bangunan Tertinggi Chicago dan Bandar Moden menamakannya sebagai ‘The Best Tall Building Worldwide’. “Ia adalah salah satu perkara yang unik untuk tinggal di bangunan ini malah kami mempunyai hubungan langsung dengan tumbuh-tumbuhan semasa berada di kawasan bandar khususnya apatah lagi berada di sebuah bangunan pencakar langit yang moden,” kata Simona Pizzi, yang dapat melihat gunung dari pangsapuri miliknya yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

“Tumbuhan-tumbuhan ini telah mula tumbuh mekar sejak tiga tahun yang lalu, dan kami melihat tumbuh-tumbuhan ini telah berubah-ubah mengikuti peredaran musim,” tambah salah seorang pemilik pangsapuri di bangunan berkenaan di mana pemilik itu turut menanam pokok epal dan tumbuh subur.

Boeri telah bekerja rapat dengan ahli botani untuk membuat pembibitan seribu pokok yang telah dilatih untuk tumbuh di bawah keadaan yang tertentu.

Dirasmikan pada tahun 2014, bangunan ini dikenali sebagai ‘Vertical Forest’ dan telah memenangi Anugerah Highrise Antarabangsa Frankfurt yang berprestij. – AFP
Kedua-dua bangunan itu merupakan bangunan yang tertinggi di kawasan berkenaan iaitu di kawasan Utara Itali yang telah menggunakan pendekatan bangunan hijau. – AFP

Namun pasukan itu telah menghadapi pelbagai cabaran dari bagaimana balkoni itu perlu disusun untuk mengambil potensi keberatan tumbuh-tumbuhan itu dan bagaimana untuk mendapatkan akar pokok untuk terus menjalar dan apa yang diperlukan untuk ia terus memasuki kawasan yang bertanah.

Boeri dan ahli botani juga melakukan ujian rintangan di pusat taufan di Miami. “Bagi setiap manusia yang tinggal di dalam bangunan, terdapat kira-kira dua pokok, 10 pokok renek dan 40 tumbuhan-tumbuhan biasa,” kata Boeri lagi kepada media.

Masa depan perumahan?

Arkitek dan pasukannya kini bekerja keras untuk menyelesaikan beberapa projek Vertical Forest di seluruh dunia termasuk di Lausanne di Switzerland, Utrecht di Belanda, Sao Paolo di Brazil dan Tirana di Albania. Matlamat di Eindhoven di Belanda adalah untuk menukar jenis pad mewah yang dilihat di projek Milan, yang mana telah memakan belanja sekitar 11,000 euro bagi satu meter persegi sebagai satu penyelesaian mudah untuk perumahan sosial dan Boeri amat berminat untuk ikut serta dalam projek itu.

Dan kerana kos pokok adalah rendah, ia bukanlah cita-cita yang tidak munasabah malah Boeri menaruh harapan yang besar untuk terus memperkembangkan ideanya itu di tanah besar China di mana bukan sahaja dua menara sedang dibina di Nanjing dan sebuah hotel di Shanghai malah ada juga perancangan untuk membina ‘Bandar Hutan’ dari kira-kira 200 bangunan di Liuzhou.

“China kini menyedari ia telah menghadapi masalah mengenai pencemaran udara yang dramatic serta perkembangan arus kemodenan yang tidak terkawal malah bandar-bandar dari pinggir bandar juga turut berkembang maju.

Para petani telah meninggalkan kawasan luar bandar dan datang ke kawasan bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, idea saya adalah untuk kea rah bandar hijau,” kata Boeri lagi kepada media.

Arkitek itu turut menulis sebuah buku yang telah mendedahkan rashia dan teknik untuk membina bangunan itu dan berharap akan menggalakkan cara yang baru yang lebih hijau untuk membangunkan kawasan bandar-bandar. – AFP