Bangunkan kelab menjadi juara

Bangunkan kelab menjadi juara

WASHINGTON, 9 Julai (AFP) – Frank Lampard mungkin dimaafkan kerana merasa bimbang ketika beliau memulakan kerjaya baru di New York City FC selepas bersama Chelsea yang begitu gah dengan segala kemudahan di Stamford Bridge.

Bekas midfield Chelsea dan Manchester City itu menyertai kelab yang baru ditubuhkan dan telah menghabiskan sebahagian besar musim pertamanya di kedudukan tercorot Major League Soccer dan terpaksa bermain di Stadium Yankee kerana tiada gelanggang sendiri.

David Beckham, bekas bintang England yang menubuhkan pasukan Miami, juga mempunyai minat yang mendalam terhadap nasib New York City, yang dibina dari kosong oleh pemilik kaya Manchester City dari Abu Dhabi.

Tetapi sejarah mencadangkan wang tidak semestinya menarik peminat, memastikan kesetiaan penyokong dan membawa kejayaan di padang. Jadi apa yang diperlukan untuk membina kelab bola sepak?

Beckham dan orang kaya City mungkin mahu melihat DC United, yang berada 11 mata di depan Eastern Conference dan merupakan antara pasukan yang paling berjaya dalam sejarah MLS.

Kunci kejayaan jangka panjang yang mampan, kata ketua pegawai operasi Tom Hunt adalah DC United perlu mempunyai stadium mereka sendiri – yang akan terlaksana seawal 2017. Sejak ditubuhkan 20 tahun lalu mereka bermain di Stadium RFK yang hampir roboh.

“Jika anda ingin membuat kemajuan, salah satu daripada bahan utamanya ialah anda harus memiliki dan mengendalikan stadium sendiri,” katanya.

“Di RFK kami penyewa dan tidak mempunyai akses kepada aliran pendapatan yang anda perlukan untuk berjaya sebagai satu perniagaan – tiada keupayaan untuk menjual hak dan membina perkongsian kami dengan penajaan.

ARTIKEL YANG SAMA