Bangunkan Visi Komuniti ASEAN 2015

Bangunkan Visi Komuniti ASEAN 2015

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama) – Sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan Visi Komuniti ASEAN 2025 dan tiga Rangka Tindakan Komuniti ASEAN, Singapura kini sedang menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Kali Ke-7, selama empat hari.

Menurut satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) berkata, pasukan petugas khas tersebut terdiri daripada pengawai-pegawai kanan dari 10 negara ASEAN.

MFA, Kementerian Perdagangan dan Industri, serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga turut menjalankan perundingan awam bermula hari ini bagi mendapatkan pandangan dan pendapat orang ramai mengenai Rangka Tindakan Komuniti ASEAN (2016-2025).

Komuniti ASEAN, yang berasaskan kepada tonggak Komuniti Keselamatan-Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) and Komuniti Kebudayaan-Sosio ASEAN (ASCC), akan ditubuhkan pada akhir tahun ini.

Memandangkan penubuhan komuniti merupakan proses yang berterusan, ASEAN mewujudkan pasukan petugas peringkat tinggi untuk membangunkan Visi Komuniti ASEAN 2015 dan tiga Rangka Tindakan Komuniti ASEAN (2016-2025) yang akan diguna pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, di Kuala Lumpur, November ini.

Malaysia merupakan pengerusi ASEAN kali ini.