Banjir: 23,00...

Banjir: 23,000 terpaksa tinggalkan rumah

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Banjir di dua negeri timur laut Malaysia kini telah memaksa hampir 23,000 orang untuk meninggalkan rumah mereka dengan pusat bantuan tambahan telah dibuka, kata pegawai penyelamat hari ini.

Banjir bermusim itu melanda negeri pantai timur Malaysia setiap tahun dan sering mengakibatkan pemindahan besar-besaran.

Pusingan terbaru telah memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan 10,038 penduduk dari Kelantan dan 12,910 orang dari negara jiran Terengganu, kata pegawai.

Hujan lebat dalam masa lima hari kebelakangan juga telah mengakibatkan 101 buah sekolah ditutup. Kebanyakan jalan tidak dapat dimasuki dan perkhidmatan kereta api ke beberapa buah destinasi di Kelantan telah disekat.

Namun tiada kematian sejauh ini telah dilaporkan di dua negeri tersebut.

Che Adam Abdul Rahman, ketua pasukan jabatan awam di Terengganu, memberitahu AFP, bilangan orang yang dipindahkan meningkat kepada 12,910 dari hari sebelumnya 4,352 orang.

Mereka telah ditempatkan di 139 pusat yang menyediakan bantuan makanan, minuman dan perubatan, katanya.

“Hujan masih lagi lebat. Kira-kira 30 batang jalan raya kampung telah ditutup dan paras air di beberapa buah tempat dalamnya kira-kira satu meter dan kami sedang menggunakan bot untuk memindahkan penduduk kampung,” katanya.

Di Kelantan pula, seramai 10,038 orang telah dipindahkan. Menurut ketua pasukan jabatan awam negeri, Zainuddin Hussin, jumlahnya telah meningkat dari 4,906 kelmarin.

Zainuddin berkata 74 pusat bantuan sedang beroperasi di Kelantan namun hujan turun sekali skala dan kebanyakan sungai sudah pun mulai surut. – AFP