Banjir: 96 maut, sejuta berlindung

Banjir: 96 maut, sejuta berlindung

GAUHATI, India, 2 Ogos – Jumlah korban banjir yang berpunca dari hujan monsun lebat di India telah meningkat lebih 90 orang, dengan kira-kira sejuta orang berlindung di kem bantuan milik kerajaan, menurut para pegawai hari ini.

Hujan lebat yang tidak henti-henti telah memusnahkan sebahagian besar daratan, menumbangkan pokok dan memutuskan kabel telefon di berpuluh-puluh daerah di negeri Bihar di timur, Assam di timur laut terpencil dan Himachal Pradesh di utara.

Sejumlah 96 orang telah terkorban akibat banjir di tiga negeri sejak seminggu lalu, menurut para pegawai kerajaan.

Sekurang-kurangnya 17 ekor badak bertanduk satu yang jarang ditemui juga mati akibat banjir yang melanda kawasan besar Taman Negara Kaziranga, Assam, kata Pramilla Rani Brahma, menteri alam sekitar dan hutan negara.

“Kebanyakan anak badak yang terbunuh, yang terpisah daripada ibu mereka semasa banjir besar,” kata Brahma.

Taman itu dibanjiri air setinggi 1.5 meter (lima kaki tinggi) di beberapa tempat, memaksa banyak haiwan di taman itu, termasuk gajah liar, kerbau dan babi jantan, menyeberangi sebatang lebuh raya untuk bergerak ke lapangan yang lebih tinggi.

Hujan monsun lebat muncul selepas India dilanda kemarau selama dua tahun berturut-turut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA