Banjir ancam sektor pelancongan Amsterdam

Banjir ancam sektor pelancongan Amsterdam

THE HAGUE, 5 Jun – Kira-kira 17 juta pelawat berkunjung ke Amsterdam setiap tahun, tetapi bilangan pelancong kini mengancam membanjiri bandar bersejarah terkenal di dunia kerana terusannya yang indah.

Kebanyakan penduduk dan ahli politik telah memutuskan cukuplah sudah dan sedang berusaha mencari cara kreatif untuk mengawalnya. Dengan bilangan para pelawat dijangka mencecah 30 juta menjelang 2030, banjir mungkin akan mengancam dan membanjiri bandar Belanda yang dikenali sebagai Venice of the North.

“Pada hari Selasa dan hujan turun. Seharusnya tidak begitu ramai orang di sana,” keluh Matheus Risso, warga Brazil berusia 25 tahun, yang berlindung dibawa arca Rijksmuseum yang tersohor di dunia.

Hari ini, Amsterdam yang membangun dari sebuah kampung nelayan kecil menjadi pusat dagangan besar dalam abad ke-16 dan 17, telah menjadi mangsa kejayaannya sendiri.

Setiap tahun aliran pelancong yang pergi ke bandar itu yang mempunyai 165 terusan bertambah dengan kira-kira lima peratus ekoran kempen pemasaran yang hebat dan terkenal.

Ia telah melabur hampir 12 bilion euro untuk meningkatkan tawaran kebudayaan – dari pengubahsuaian rumah Rijksmuseum hinggalah lukisan Rembrandt ‘The Night Watch’ hinggalah muzium filem Eye atau gereja Katolik rahsia yang dibina dalam rumah terusan tertutup dalam tahun 1663 dan kini dibuka kepada orang ramai sebagai Muzium Our Lord in the Attic.

“Sudah tentu orang ramai mahu datang dan melihatnya,’ kata Machteld Ligtvoet, jurucakap bagi pasukan pemasaran bandar itu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA