Banjir besar di China ragut 181 nyawa

Banjir besar di China ragut 181 nyawa

BEIJING, 7 Julai – Paras air mula surut di tengah dan timur China hari ini berikutan hujan lebat yang berlaku sepanjang minggu yang mengakibatkan bandar-bandar dan kampung-kampung dilanda banjir, pengangkutan awam diberhentikan, dan menyebabkan sekurang-kurangnya 181 orang mati atau hilang.

Pentadbiran Meteorologi China pada lewat Rabu lalu berkata bandar Wuhan, yang mempunyai 8 juta penduduk dan tinggal di sungai Yangtze, mempunyai rekod turunan hujan mingguan sebanyak 57.4 sentimeter (22.6 inci).

Pegawai Hal Ehwal Awam Wuhan memberitahu media bahawa 14 orang terbunuh dan seorang dilaporkan hilang. Hampir 170,000 penduduk telah dipindahkan, dan lebih daripada 80,000 telah ditempatkan di pusat perlindungan.

Kementerian Hal Ehwal Awam Kebangsaan berkata 181 orang dilaporkan hilang atau mati di sepanjang sungai dan kawasan-kawasan yang berdekatan sehingga Rabu lalu.

Warga melalui jalan yang banjir di Wuhan, wilayah Hubei, pusat China. - AP
Warga melalui jalan yang banjir di Wuhan, wilayah Hubei, pusat China. – AP

Perdana Menteri China, Li Keqiang membuat lawatan 30 jam di wilayah yang paling teruk terjejas iaitu Anhui, Hunan dan Hubei, dan menggesa pegawai-pegawai tempatan untuk melawan banjir tersebut dengan memastikan keselamatan tetambak utama serta melindungi penduduk tempatan. Paras air di bahagian-bahagian yang lebih rendah daripada Yangtze dan beberapa tasik utama di rantau itu telah mencapai tahap berbahaya.

Presiden Xi Jinping mengarahkan tentera dan polis bersenjata untuk dihantar bagi membantu kawasan bencana. – AP