Banjir di Afghanistan ragut 24 jiwa

Banjir di Afghanistan ragut 24 jiwa

SARI PUL, Afghanistan, 19 Mei (Xinhua) – Sekurang–kurangnya 24 orang terbunuh semalam selepas banjir yang dicetuskan hujan monsun melanda kawasan terpencil di wilayah utara Afghanistan, Sari Pul, kata gabenor serantau.

“Seramai 10 orang juga cedera dan hampir 40 yang lain hilang selepas bencana alam melanda daerah Kohistanat awal hari ini. Banjir yang melanda beberapa buah kampung juga memusnahkan lebih dari 200 buah kediaman di daerah itu,” Gabenor Zahir Wahdat memberitahu Xinhua.

Banjir juga menghanyutkan beratus taman dan beribu ekar tanah ladang, kata gabenor, yang menambah jumlah kematian dilihat akan meningkat.

Beberapa wanita dan kanak–kanak adalah diantara mangsa. Penduduk kampung telah melancarkan pencarian dan operasi menyelamat bagi membantu mangsa ketika daerah–daerah di bawah kawalan Taliban dan tentera kerajaan tidak hadir di sana.

Bagaimanapun, pegawai–pegawai Palang Merah Afghanistan cuba untuk menghantar pasukan–pasukan penyelamat dan bantuan kemanusiaan ke daerah itu, menurut penduduk setempat.

Lebih dari 70 orang kehilangan jiwa akibat hujan lebat dan banjit sejak beberapa minggu di seluruh negara pergunungan itu.