Banjir di Hulu Terengganu, 10 keluarga dipindah

Banjir di Hulu Terengganu, 10 keluarga dipindah

HULU TERENGGANU, 28 Dis – Sebanyak dua pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu sehingga pukul 12 tengah hari kelmarin dengan jumlah mangsa seramai 27 orang daripada 10 keluarga.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Hulu Terengganu berkata dua pusat pemindahan tersebut melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong iaitu di Dewan Seri Putih, Kampung Tok Lawit dan Balairaya Kampung Kemat.

“Pusat pemindahan banjir di Tok Lawit dibuka pada pukul 9 malam melibatkan 17 mangsa banjir daripada lima keluarga manakala pusat pemindahan di Kampung Kemat dibuka pada pukul 10.15 pagi kelmarin melibatkan 10 mangsa dan lima keluarga,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat meminta penduduk di daerah Hulu Terengganu khususnya di DUN Telemong supaya berjaga-jaga berikutan hujan lebat yang turun sejak kelmarin.

“Hujan lebat boleh menyebabkan paras air sungai utama di beberapa kampung di daerah ini meningkat dan saya nasihatkan penduduk supaya bersiap sedia dan berpindah lebih awal sekiranya hujan masih tidak berhenti kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.

Jalan Matang-Sungai Tong di Kampung Tengkawang di tutup kepada kenderaan ringan akibat banjir kelmarin. – Bernama
Jalan Matang-Sungai Tong di Kampung Tengkawang di tutup kepada kenderaan ringan akibat banjir kelmarin. – Bernama

“Kalau dari petang hujan lebat tak henti-henti, kita nasihatkan supaya penduduk pindahlah cepat sebab kerja-kerja pemindahan dan menyelamat pada waktu malam lebih sukar. Jangan tunggu air masuk dalam rumah baru hendak pindah,” katanya.

Rozi berkata penduduk tidak seharusnya berdegil dan perlu sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa. – Bernama