Banjir di Korea Utara membimbangkan

Banjir di Korea Utara membimbangkan

SEOUL, 13 Sept – Korea Utara sedang mengalami ‘bencana besar dan kompleks’ Palang Merah telah memberi amaran, selepas berlakunya insiden banjir yang membunuh puluhan orang dan berpuluh-puluh ribu lagi memerlukan bantuan segera.

Pekerja penyelamat sedang berjuang untuk menyelamatkan masyarakat yang masih terperangkap di kawasan pedalaman di negara ini, di mana beribu-ribu telah kehilangan tempat tinggal, dan risiko penyakit meningkat.

“Daripada apa yang kita lihat, ia adalah jelas bahawa ini adalah satu bencana yang sangat besar dan kompleks,” kata Chris Staines, yang mengetuai delegasi Palang Merah di Korea Utara dan telah melawat kawasan yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 133 orang diketahui telah meninggal dunia selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar.

Beratus-ratus lagi yang hilang dan 140,000 orang sangat memerlukan makanan dan tempat tinggal.

Gambar fail pada 23 Julai 2016 menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan ke rumah selepas balik dari sekolah di kawasan kejiranan yang baru dibina selepas banjir besar akhir tahun lalu memusnahkan beribu-ribu rumah di dalam Zon Ekonomi Khas Rason di Korea Utara. – AP
Gambar fail pada 23 Julai 2016 menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan ke rumah selepas balik dari sekolah di kawasan kejiranan yang baru dibina selepas banjir besar akhir tahun lalu memusnahkan beribu-ribu rumah di dalam Zon Ekonomi Khas Rason di Korea Utara. – AP

“Banjir telah memusnahkan segala-galanya dalam laluan mereka,” kata Staines.

“Orang ramai menyelamatkan apa sahaja harta benda mereka yang dapat diselamatkan dari bekas rumah mereka.”

Sebanyak 24,000 buah rumah telah musnah dan beribu-ribu lagi mengalami kerosakan, dengan para penyelamat masih lagi berjuang untuk sampai ke kawasan bencana yang terputus, kata Palang Merah.

“Mangsa banjir kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan terdapat risiko terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan manusia,” tambah Staines.

“Orang ramai menyelamatkan apa sahaja harta benda mereka dapat dari timbunan serpihan yang pernah menjadi rumah mereka.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA