Banjir di Missouri ragut 13 nyawa

Banjir di Missouri ragut 13 nyawa

CHICAGO, 30 Dis – Seramai 13 orang terkorban berikutan hujan luar biasa di Missouri, Amerika Syarikat (AS) sehingga memaksa penduduk sebuah bandar kecil meninggalkan rumah mereka, kata gabenor.

Imej dari udara di bandar West Alton menunjukkan air lumpur dari Sungai Mississippi yang menenggelamkan kediaman dan melumpuhkan kawasan perniagaan akibat teruk ditenggelami air.

Gabenor Jay Nixon, sudah menggerakkan Pengawal Kebangsaan untuk membantu pegawai tempatan mengendalikan banjir luar biasa itu.

Banjir dilapor bermula pada Ahad lalu selepas ribut kencang menyebabkan hujan bersaiz lebih 25 sentimeter di beberapa bahagian AS.

AS dilanda cuaca tidak menentu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 49 nyawa selain menyebabkan berjuta penduduk terperangkap ketika cuba pulang selepas cuti sempena Hari Natal. – AFP

Sebuah lebuh raya di West Alton, Missouri yang ditenggelami air selepas kawasan sekitar St. Louis dilanda banjir. - AFP
Sebuah lebuh raya di West Alton, Missouri yang ditenggelami air selepas kawasan sekitar St. Louis dilanda banjir. – AFP