Banjir di Sarawak makin pulih

Banjir di Sarawak makin pulih

MANGSA BANJIR PULANG

KUCHING, 3 Jan (Bernama) – Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih ekoran keadaan cuaca baik, dengan pusat pemindahan Dewan Suarah di Bahagian Samarahan yang menempatkan 72 mangsa banjir ditutup petang ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata setakat 4 petang ini, hanya pusat pemindahan Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya, Serian masih dibuka.

“Jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan itu kekal seperti tengah hari tadi, dengan 72 orang mangsa daripada 15 keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama.