Banjir di Seoul rosak puluhan ribu bangunan

Banjir di Seoul rosak puluhan ribu bangunan

SEOUL, 11 Sept – Banjir telah merosakkan berpuluh-puluh ribu buah bangunan di timur laut Korea Utara selepas turunan hujan paling teruk di sana dalam tempoh berdekad-dekad lamanya, media kerajaan melaporkan hari ini, dengan menggesa semua tentera dan orang awam supaya menyertai usaha untuk membantu para mangsa.

Laporan agensi berita rasmi KCNA tidak menyatakan angka kematian atau pun bilangan kerosakan sebenar.

Laporan PBB minggu lalu, dengan memetik data kerajaan Pyongyang, berkata 60 orang terbunuh dan lebih 44,000 orang hilang tempat tinggal di sepanjang Sungai Tumen, yang sebahagiannya menandakan sempadan dengan China dan Rusia.

Laporan hari ini memetik sumber jawatankuasa pusat Parti memerintah iaitu Parti Pekerja mengatakan ‘puluhan ribu’ buah rumah dan bangunan awam telah runtuh dan landasan kereta api, jalan raya, bekalan tenaga, kilang dan ladang telah musnah atau ditenggelami air.

Penduduk di wilayah Hamgyong Utara mengalami ‘kepayahan teruk’, tambahnya.

Laporan itu memetik jawatankuasa pusat sebagai berkata bahawa teras utama kempen pergerakan beramai-ramai 200 hari seluruh negara yang sedang berjalan yang bermaksud untuk menggalakkan ekonomi akan dialihkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Matlamat ialah untuk menghalakan semua usaha kepada pembinaan rumah tempat tinggal untuk mereka yang terjejas oleh banjir dengan sokongan mesra dan mengubah rantau yang terjejas akibat banjir menjadi tempat indah di era Parti Pekerja dalam tempoh tahun ini.

Korea Utara, negara miskin, mudah terjejas oleh bencana alam, terutamanya banjir. Kira-kira 169 orang terbunuh akibat hujan ribut besar pada musim panas 2012.

Wilayahnya terutamanya merupakan gunung-gunung dan bukit-bukit yang telah habis untuk bahan api atau merubahnya menjadi ladang padi. Ini membolehkan air hujan mengalir turun di bukit tanpa dihalang.

Siri-siri banjir dan kemarau sebahagiannya punca kebuluran yang membunuh ratusan ribu antara tahun 1994-98, dengan salah pengurusan ekonomi dan ketiadaan sokongan Soviet yang memburukkan lagi keadaan.

Majlis Keselamatan PBB merancang mengenakan sekatan baru ke atas negara itu selepas ia melancarkan senjata nuklear kelima Jumaat lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA