Banjir di Sibu semakin pulih

Banjir di Sibu semakin pulih

SIBU, 4 Dis (Bernama) – Keadaan banjir di Bahagian Sibu semakin pulih selepas tiada hujan turun sejak semalam.

Keadaan kebanyakan kawasan yang dilanda banjir sebelum ini sudah kembali seperti biasa kecuali di Nanga Bon, Kemuyang yang masih ditenggelami air setinggi 0.91 meter.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Hii Chang Kee, jalan menuju ke Nanga Tajam-Tebalong di Stapang masih ditenggelami air setinggi 0.304 meter. Beliau yang juga Residen Bahagian Sibu berkata, Jalan Penyulau-Lukut di Kanowit juga sudah pulih daripada banjir.

Katanya, keadaan dijangka pulih sekiranya cuaca berterusan baik sehari dua ini.