Banjir di Sudan ragut 100 nyawa

Banjir di Sudan ragut 100 nyawa

KASALA, 15 Ogos – Kira-kira 100 kematian dicatatkan di seluruh Sudan, manakala beribu rumah musnah dan beberapa perkampungan tenggelam selepas banjir akibat hujan lebat, menurut pegawai dan jurugambar AFP, semalam.

Beribu penduduk di negara miskin timur Kasala yang bersempadan dengan Eritrea terpaksa berpindah selepas sungai Gash melimpah dan membanjiri perkampungan yang dihuni oleh petani.

Penduduk terpaksa berlindung di dalam pondok diperbuat daripada rumput di bukit selepas banjir memutuskan jalan utama antara timur Sudan dan ibu kotanya, Khartoum. – AFP