Banjir di Vietnam ragut 11 nyawa

Banjir di Vietnam ragut 11 nyawa

HANOI, 16 Okt – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan beberapa mangsa dilaporkan hilang dalam banjir besar di tengah Vietnam, lapor media kerajaan, semalam ketika 10,000 buah rumah ditenggelami air.

Pihak berkuasa sudah mengarahkan majlis tempatan mengerahkan tentera dan polis untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap susulan hujan lebat, menurut stesen televisyen kerajaan Vietnam.

Stesen berkenaan melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir manakala kira-kira 27,000 buah rumah ditenggelami air di wilayah itu.

Pegawai rasmi tempatan, Nguyen Huu Hoai memberitahu AFP bahawa tujuh kematian berlaku di wilayah Quang Binh tetapi menambah keadaannya semakin reda.

Rumah di wilayah Quang Binh, Vietnam telah ditenggelami air akibat banjir besar melanda di kawasan itu kelmarin. – Xinhua
Rumah di wilayah Quang Binh, Vietnam telah ditenggelami air akibat banjir besar melanda di kawasan itu kelmarin. – Xinhua

“Kami boleh sampai ke beberapa kawasan yang terpinggir akibat banjir,” kata pengerusi Jawatankuasa Rakyat wilayah itu kepada AFP.

Walaupun hujan dijangka berkurangan, pihak berkuasa memberi amaran rantau ini akan dilanda sekali lagi jika Taufan Sarika di Laut China Selatan mencapai Vietnam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA