Banjir jejas Perancis, Jerman

Banjir jejas Perancis, Jerman

PARIS, 3 Jun – Banjir di Perancis dan Jerman telah mengorbankan kira-kira 10 orang dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka, menurut para pegawai semalam ketika muzium Louvre, Paris mengumumkan ia akan memindahkan harta karun dari jangkauan Seine yang melimpah.

Menurut pihak muzium yang sering dikunjungi di dunia mengatakan muzium itu ditutup hari ini untuk memindahkan karya seni-seninya dari tempat simpanan bawah tanahnya, ketika air sungai berhampiran mula melimpah dari tebingnya ekoran hujan turun berhari-hari.

Gambar yang diambil melalui udara Khamis lalu menunjukkan Istana Chambord, 170 kilometer dari barat daya Paris, yang mana sebahagian kawasan tamannya telah ditenggelami air selepas sungai Cosson melimpahi kawasan tersebut berikutan hujan lebat. – AFP
Gambar yang diambil melalui udara Khamis lalu menunjukkan Istana Chambord, 170 kilometer dari barat daya Paris, yang mana sebahagian kawasan tamannya telah ditenggelami air selepas sungai Cosson melimpahi kawasan tersebut berikutan hujan lebat. – AFP

Beberapa buah bandar di selatan Jerman telah musnah akibat banjir yang juga menyaksikan para penyelamat di tengah Perancis menggunakan bot-bot keselamatan di jalan raya yang bertukar menjadi sungai berlumpur.

Pihak kaji cuaca di kedua-dua negara memberi amaran tentang turunan lebih banyak hujan dalam tempoh 24 jam akan datang. Di Perancis, seorang lelaki yang menunggang kuda terbunuh selepas dia dihanyutkan oleh air sungai yang melimpahi Evry-Gregy-sur-Yerre, tenggara Paris, menurut pihak wilayah setempat. Mayat lelaki berusia 74 tahun itu ditemui dari air oleh anggota bomba. Kuda itu telah berjaya menyelamatkan dirinya, menurut pihak polis.

Juga berlaku suasana kelam kabut di bandar Jerman, Simbach am Inn, yang mana kekuatan air menghanyutkan keseluruhan kilang papan, yang mengakibatkan timbunan besar kayu yang bertaburan menyekat jalan raya.

Lima orang yang terbunuh di kawasan Simbach, termasuklah tiga orang wanita dari keluarga yang sama iaitu seorang ibu, nenek dan anak perempuan yang terperangkap dalam rumah mereka. Dua orang lagi yang berusia juga ditemui mati di rumah mereka.

Kematian menjadikan angka kematian akibat banjir di Jerman kepada sembilan orang, termasuklah empat orang yang terkorban awal minggu ini di rantau selatan Baden-Wuerttemberg. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA