Banjir jejas upacara bakar mayat di India

Banjir jejas upacara bakar mayat di India

LUCKNOW, India, 23 Ogos – Bandar suci Varanasi, India terpaksa membatalkan pembakaran mayat di sepanjang tebing sungai suci Ganges ketika banjir maut akibat hujan monsun telah melanda sebahagian negara itu, kata pegawai hari ini.

Lebih 100,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka beberapa hari kebelakangan di utara Uttar Pradesh dan kejiranan negeri Bihar ketika sungai yang dibanjiri air hujan telah melimpahi tebingnya.

Lebih 20 orang terbunuh di dua buah negeri akibat banjir yang melanda sebahagian besar India setiap tahun semasa musim monsoon.

Banjir telah menenggelami ghat atau platform di pinggir Ganges di Varanasi, memaksa beberapa keluarga untuk membakar mayat yang tercinta di bumbung teres rumah-rumah berhampiran, kata jurucakap kerajaan Uttar Pradesh, Shailendra Pandey.

“Ketika ghat tidak dapat digunakan bagi pembakaran mayat, bumbung havelis (rumah agam lama) dan rumah lama lain di sepanjang ghat telah digunakan bagi pembakaran mayat, walaupun ia jelasnya sukar,” kata Pandey kepada AFP.

Sementara itu, kira-kira sembilan orang maut di Uttar Pradesh dan 15 lagi di Bihar sejak dua hari lalu ketika kawasan luar bandar serta beberapa bandar dibanjiri, kata pegawai pengurusan bencana.

Sejumlah 130,000 orang berteduh di kem bantuan di dua negeri, kata pegawai memberitahu AFP, dan tambahan pekerja kecemasan telah dikerahkan untuk memberi bantuan dan usaha menyelamat.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA