Banjir kilat landa kawasan rendah

Banjir kilat landa kawasan rendah

Oleh Hakim Hayat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Banjir kilat melanda beberapa kawasan rendah di ibu negara dan beberapa bahagian lain di Daerah Brunei dan Muara malam ini apabila hujan lebat turun selama beberapa jam, menyebabkan beberapa batang jalan utama dan rumah-rumah ditenggelami air.

Hujan lebat bermula seawal jam 7 malam dan berlarutan selama beberapa jam menjejas teruk beberapa jalan utama di kawasan sekitar Kampung Jangsak, Kampung Beribi, Kampung Katok, Kampung Kiulap, Kampung Kiarong, Jalan Ban 1 hingga 5 di Kampung Mulaut, Kampung Tanah Jambu, Kampung Meragang dan juga sebahagian Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong termasuklah Kampung Jerudong, sehingga kereta-kereta terkandas dalam banjir dan kesesakan lalu lintas berlaku.

Beberapa buah kereta dilaporkan ditenggelami air yang dikatakan mencecah sehingga paras pinggang dan beberapa kawasan kediaman juga dilaporkan dibanjiri air.

Hujan lebat juga mengurangkan kadar penglihatan, menyebabkan barisan panjang kereta di lebuh raya utama di ibu negara.

Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam pada jam 8 malam mengeluarkan amaran cuaca bagi risiko banjir kilat akibat hujan lebat di Daerah Brunei dan Muara. Ia juga memberi amaran angin kencang sehingga 40kmsj kemungkinan berlaku pada waktu hujan lebat itu.

Kelihatan sebuah kereta ditenggelami air akibat hujan lebat di Daerah Brunei dan Muara.
Kelihatan sebuah kereta ditenggelami air akibat hujan lebat di Daerah Brunei dan Muara.
Banjir kilat yang melanda beberapa batang jalan utama di Daerah Brunei dan Muara bermula jam 7 malam.
Banjir kilat yang melanda beberapa batang jalan utama di Daerah Brunei dan Muara bermula jam 7 malam.

ARTIKEL YANG SAMA