Banjir kilat ...

Banjir kilat landa Kuching

KUCHING, 15 Feb – Hujan berpanjangan sejak malam tadi mengakibatkan beberapa jalan raya dan taman-taman perumahan sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir kilat petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Farhan Sufyan Borhan bagaimanapun berkata keadaan tidak terlalu serius, namun ada tempat yang dinaiki air sehingga satu meter, tetapi surut dengan pantas di kawasan tertentu.

Beliau berkata bagi jalan-jalan yang dinaiki air, terutama di kawasan Matang, Metrocity, Samariang dan Batu Kawah, ia mengakibatkan kesesakan teruk apabila banyak kenderaan terpaksa bergerak perlahan.Menurutnya setakat ini pasukan Bomba dan Penyelamat tidak menerima sebarang panggilan kecemasan yang memerlukan penduduk dipindahkan, namun sedang memantau keadaan dengan teliti kerana beberapa kawasan di bahagian sini masih hujan.

Farhan Sufyan ketika dihubungi di sini berkata pasukan itu juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan ketika ini sungai-sungai di sini dikatakan mengalami fenomena air pasang. – Bernama