Banjir kilat landa selatan London

Banjir kilat landa selatan London

LONDON, 8 Jun – Banjir kilat menyebabkan kenderaan ditenggelami air ketika hujan lebat melanda selatan London hari ini.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Mitcham, Croydon dan Wallington ketika ribut petir membawa hujan lebat ke beberapa bahagian di ibu kota ini.

Tiga kenderaan hampir tenggelam berhampiran Stesen Wallington dengan seorang mangsa diselamatkan anggota bomba. Seorang lelaki diselamatkan orang ramai yang membaling batu memecahkan tingkap kereta Mercedesnya selepas terperangkap dalam banjir.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba London (LFB) berkata: “Kami dihubungi jam 2.21 petang berikutan tiga kenderaan tenggelam dalam dua meter air.

“Dua orang meninggalkan kenderaan sebelum kami tiba dan seorang mangsa diselamatkan anggota bomba.”

Jurucakap LFB menambah, anggota bomba dipanggil ke beberapa tempat banjir kilat dan pancaran kilat di tenggara ibu kota ini antara jam 2.30 petang dan 3 petang. – Agensi