Banjir kilat ragut 38 jiwa

Banjir kilat ragut 38 jiwa

KABUL, Afghanistan, 18 April (AP) – Para pegawai Afghan mengatakan banjir kilat di wilayah utara telah mengorbankan kira-kira 38 orang semalam.

Kawasan utara Afghanistan yang terpencil sering dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, yang juga menyebabkan tanah runtuh.

Para pegawai mengatakan hari ini banjir kilat melanda wilayah Takhar, Badghis dan Samangan. Hujan lebat juga melanda bandar itu, Kabul, dengan tiada berlaku kemusnahan besar.

Pengarah bencana alam semula jadi Takhar, Abdul Razaq Zinda mengatakan 13 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, meninggal dunia di daerah Kalafgan dan Bangi. Menurutnya lagi, puluhan buah rumah musnah, terutamanya struktur batu-bata lumpur.

Di wilayah Badghis, jurucakap tempatan, Ahmad Khalid Safi mengatakan 19 orang terkorban di daerah Muqur. Dan wilayah Samangan, jurucakap Seddiq Azizi mengatakan banjir kilat meragut enam jiwa – tiga wanita dan tiga kanak-kanak – turut memusnahkan kira-kira 20 buah rumah.

ARTIKEL YANG SAMA