Banjir kilat ragut 8 jiwa di Utah

Banjir kilat ragut 8 jiwa di Utah

WASHINGTON, 15 Sept (AFP) – Banjir kilat di barat negeri Utah telah mengorbankan sekitar lapan orang semalam, menurut pegawai kerajaan.

Bencana itu berlaku di bandar Hildale yang bersempadan dengan Arizon, Bahagian Pengurusan Kecemasan Utah dalam Twitter.

Limpahan banjir besar telah menghanyutkan beberapa buah kenderaan bersama orang di dalamnya ke hilir sungai, kata Ketua Penolong Jabatan Bomba Hildale, Kevin Barlow menurut ABC News.

Rangkaian itu mengatakan lima yang lain turut dilaporkan hilang.

Kru-kru mencari mangsa yang hilang telah menangguhkan operasi pada malamnya disebabkan keadaan banjir yang masih berbahaya.

Banjir besar tersebut telah mengakibatkan jalan-jalan diselaputi batu-batuan, lumpur dan sampah, menurut ABC.

ARTIKEL YANG SAMA