Banjir kilat selepas dihentam Joaquin

Banjir kilat selepas dihentam Joaquin

CHARLESTON, Amerika Syarikat, 4 Okt (AFP) – Hujan tanpa henti mengakibatkan sebahagian besar kawasan tenggara AS ditenggelami air dan peramal kaji cuaca memberi amaran lebih banyak hujan boleh membawa kepada banjir bersejarah dalam masa 24 jam akan datang.

Negeri Utara dan Selatan Carolina paling teruk terjejas, namun hujan lebat dalam masa beberapa hari tidak membanjiri sebarang negara Timur Laut AS dan peramal kaji cuaca mengatakan keadaan terburuk belum lagi berakhir.

Laporan berita menyalahkan cuaca teruk ke atas kematian empat orang di Amerika Syarikat semenjak Khamis, semuanya di Carolina.

Ia adalah taufan lain daripada Taufan Joaquin, satu taufan kuasa berkategori empat yang menghempas Bahamas, memusnahkan kediaman dan turut mengancam Bermuda.

Gabenor Selatan Carolina, Nikki Haley memberi amaran kemungkinan turunan hujan mencecah rekod pada hujung minggu dan Presiden Barack Obama semalam mengeluarkan satu deklarasi kecemasan bagi negeri itu, memerintahkan bantuan persekutuan bagi kawasan terjejas banjir.

Seorang lelaki mengharungi air separas lutut di Jalan West Avenue yang dibanjiri air akibat taufan Joaquin. – Reuters
Seorang lelaki mengharungi air separas lutut di Jalan West Avenue yang dibanjiri air akibat taufan Joaquin. – Reuters

Beberapa batang jalan ditenggelami air di bandar lama bersejarah Charleston, Selatan Carolina, menurut seorang wartawan AFP.

Kebanyakan restoran dan bar ditutup kerana paras air yang semakin naik. “Kami biasa dengan banjir di kawasan ini tetapi ini adalah luar biasa,” kata sarjan polis Edwin Graceley.

John dan Merroli Haas, pelancong dari Kansas berlindung dari hujan lebat di dewan pasar lama. “Kami mahu ke Savannah (di negeri jiran Georgia) namun hari ini kami memutuskan untuk tidak pergi. Kami tidak mahu mengambil risiko,” kata Merroli.

Kuasa elektrik terputus di sebahagian Selatan Carolina dan Haley mengulangi seruan untuk pemandu memandu berhati-hati pada hujung minggu.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan turut memberi amaran ‘potensi banjir bersejarah dan mengancam nyawa’ di seluruh tenggara Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA