Banjir ragut 10 jiwa

Banjir ragut 10 jiwa

YANGON, 26 Julai (AFP) – Banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun lebat telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang di Myanmar dalam tempoh 48 jam lalu, lapor media negeri dan pegawai hari ini.

Enam orang terbunuh akibat banjir kilat semalam di Thabeikkyin, tengah Rantau Mandalay, kata Kementerian Perhubungan, sementara tiga orang lain terbunuh pada hari yang sama di Thibaw, utara Negeri Shan.

Seorang budak lelaki berusia 19 tahun juga meninggal dunia di Muse, Negeri Shan, pada Jumaat, kata kementerian.

Media negeri berkata hari ini mereka yang terbunuh di Thibaw dihanyutkan oleh air ketika mereka berdiri melihat paras air naik daripada jambatan berusia 100 tahun yang roboh.

Akhbar Global Light of Myanmar menyiar gambar jambatan batu yang terputus dua akibat arus air yang deras, dan berkata pekerja menyelamat telah dihantar untuk mencari mayat mangsa.

Kawasan barat dan utara Myanmar telah dilanda hujan lebat dalam beberapa hari ini dengan beberapa kawasan Negeri Shan, sebuah rantau pergunungan dan miskin yang melihat 170mm hujan dalam tempoh 24 jam lalu.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan berkata 12,000 buah rumah telah dimusnahkan di Rantau Sagaing dan Negeri Kachin ketika hujan.

Myanmar dilanda hujan monsun tahunan yang penting kepada petani tetapi juga membawa maut, dengan runtuhan tanah dan banjir kilat kejadian yang biasa berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA