Banjir ragut 15 jiwa di Vietnam

HANOI, Vietnam, 11 Okt – Banjir yang dicetuskan oleh tekanan rendah tropika di Vietnam telah mengorbankan 15 orang dan lapan lagi hilang, kata para pegawai hari ini.

Ribut melanda tengah Vietnam kelmarin, membawa hujan lebat ke rantau itu dan bahagian lain di utara Vietnam.

Lapan orang termasuk dua kanak-kanak, terbunuh di tengah wilayah Nghe An, kata pegawai bencana, Nguyen Thi Kim Dung.

Para pegawai wilayah berkata tiga orang terkorban dan lima lagi hilang di utara wilayah Yen Bai. Di wilayah Thanh Hoa, utara Nghe An, dua orang terbunuh dan tiga yang lain hilang. Para pegawai bencana berkata dua orang meninggal dunia di utara wilayah Hoa Binh.

Vietnam mudah terdedah kepada ribut dan banjir yang membunuh ratusan orang setiap tahun. – AP