Banjir ragut 22 jiwa di selatan China

Banjir ragut 22 jiwa di selatan China

BEIJING, 20 Jun (AFP) – Banjir teruk melanda tengah China telah meragut 22 jiwa dan mengakibatkan 197,000 orang lagi berpindah sejak Sabtu, menurut media kerajaan hari ini.

Kira-kira 20 orang masih lagi hilang, menurut agensi berita rasmi Xinhua, selepas ribut musim panas lebih hebat daripada biasanya.

Kerugian langsung ekonomi akibat banjir itu melanda sekitar 2.7 bilion yuan (AS$410 juta), Xinhua memetik kementerian hal ehwal awam sebagai berkata. Lapan orang lagi terperangkap dalam lombong arang batu yang dibanjiri di Wilayah Guizhou, barat laut China, tambah Xinhua.

Hujan lebat diramalkan berterusan di selatan China selama tiga hari akan datang, tambahnya.