Banjir Sri Lanka paksa 200,000 berpindah

Banjir Sri Lanka paksa 200,000 berpindah

COLOMBO, 20 Mei (AFP) – Rakyat Sri Lanka menaiki bot getah dan rakit sementara hari ini untuk melarikan diri dari ibu negara mereka yang dibanjiri ketika hujan lebat di tempat–tempat lain menjejaskan usaha bantuan.

Hujan lebat dalam suku dekad itu telah melanda negara itu sejak hujung minggu lalu, mencetuskan tanah–tanah runtuh besar yang menguburkan mangsa–mangsa sehingga kedalaman 50 kaki (15 meter) dalam lumpur.

Pegawai menggesa mereka yang tinggal di kawasan–kawasan terjejas untuk keluar dengan segera, dengan lebih dari 60 orang diketahui meninggal dunia setakat ini dan ketakutan bahawa sejumlah lagi mungkin terjejas dengan lebih ramai dilaporkan hilang. Sebahagian besar Colombo dikosongkan sepanjang malam dalam satu operasi yang diketuai oleh tentera, melibatkan bot dan helikopter.

Pusat Pengurusan Bencana kebangsaan berkata sekitar 200,000 orang telah dipindahkan dari ibu negara yang rendah itu sementara 400,000 orang dipaksa untuk berpindah ke kem-kem bantuan. Kawasan–kawasan yang terjejas adalah sub bandar timur laut Colombo di sepanjang sungai Kelani, yang menyaksikan tebingnya mula pecah malam Khamis lalu.

Anggota penyelamat mengukuhkan tetambak bagi mengelakkan banjir di Daerah Kelaniya, Sri Lanka, Khamis lalu. – Xinhua
Anggota penyelamat mengukuhkan tetambak bagi mengelakkan banjir di Daerah Kelaniya, Sri Lanka, Khamis lalu. – Xinhua

Penduduk–penduduk di daerah Kolonnawa di ibu negara membangunkan rakit menggunakan barel plastik untuk membawa penduduk ke kawasan lebih tinggi sementara tentera laut menggunakan bot getah bagi membantu yang lain.

Beribu silinder gas yang kosong juga dihanyutkan oleh banjir, imej–imej dalam media Seri Lanka menunjukkan. Ia masih lagi hujan di Colombo pada pagi tadi, dengan hujan lebat ke utara ke ibu negara di mana pegawai-pegawai berkata akan terus membanjiri Kelani.

Tiga orang terbunuh dalam insiden yang berkaitan dengan banjir di Colombo tetapi angka kebangsaan sejak hujung minggu berada pada kedudukan 63. Daerah Kegalle, sekitar 100 kilometer (60 batu) ke timur laut Colombo, terjejas teruk, dengan angka itu dari dua tanah runtuh yang berasingan meningkat kepada 34 selepas tentera menarik mayat seterusnya dari lumpur sepanjang malam.

ARTIKEL YANG SAMA