Banjir Vietnam ragut 22 jiwa

Banjir Vietnam ragut 22 jiwa

HANOI, 3 Ogos (dpa) – Dua puluh dua orang telah terbunuh dalam tempoh seminggu bagi catatan banjir di utara Vietnam, kata pihak berkuasa hari ini, yang memberi amaran lebih banyak hujan dan banjir akan melanda kawasan itu dalam masa beberapa hari.

Di antara yang maut adalah 17 mangsa dari wilayah Quang Ninh, kata Pusat bagi Banjir dan Kawalan Ribut.

Rantau itu menerima lebih dari 800 milimeter turunan hujan dalam tempoh tujuh hari lalu, paling lebat dalam masa 40 tahun.

Hampir 2,500 hektar ladang padi ditenggelamkan sementara lebih dari 11,500 lembu dan ternakan lain mati.

Anggaran kemusnahan dianggarkan sekitar 100 juta dolar, di mana Vietnam National Coal and Mineral Indutries Group kerugian 57 juta dolar, kata pihak berkuasa.

Elektrik Vietnam memberi amaran bagi kemungkinan kekurangan tenaga, ketika lombong arang batu dan pengangkutan dihentikan kerana hujan lebat dan banjir, Viet Nam News melaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA