Bank ANZ, Macquarie bayar denda AS$11 juta

Bank ANZ, Macquarie bayar denda AS$11 juta

SYDNEY, 25 Nov – Bank-bank Australia, ANZ dan Macquarie hari ini bersetuju untuk membayar denda Aus$15juta (AS$11 juta) kerana cuba memanipulasi kadar tanda aras ringgit Malaysia.

ANZ mengakui 10 cubaan pengendalian kartel dan Macquarie lapan berkaitan menetapkan kadar harian bagi instrumen terbitan berkaitan matawang Malaysia pada tahun 2011.

Suruhanjaya Pengguna dan Saingan Australia (ACCC) berkata kedua-dua bank telah bekerjasama dengan penyiasatan mereka, dengan ANZ bersetuju dengan penalti Aus$9 juta dan Macquarie Aus$6 juta.

Kes ini melibatkan perhubungan para peniaga yang beribu pejabat di Singapura menerusi bilik bual online persendirian tentang serahan harian kadar penetapan ringgit Malaysia untuk dibuat kepada Pertubuhan Bank-Bank Singapura.

“Prosiding ini adalah satu peringatan bahawa undang-undang kartel Australia membabitkan pasaran kewangan dan menawan pengendalian kartel oleh firma-firma yang melaksanakan perniagaan di Australia tanpa mengira di mana pengendalian itu berlaku,” kata pengerusi ACCC Rod Sims. – AFP