Bank Baiduri anjur kempen derma darah

Bank Baiduri anjur kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Kumpulan Bank Baiduri telah menganjurkan kempen menderma darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), yang disertai oleh kakitangannya dan orang ramai.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, acara tahunan itu bermatlamat untuk membantu menambah bekalan darah rendah yang dihadapi oleh Tabung Darah Kebangsaan Hospital RIPAS di samping menggalakkan semangat prihatin dan memberi bantuan dalam kalangan kakitangan bank.

Kempen kali ini yang dianjurkan dengan tema ‘Setiap Titik Berharga. Menderma Darah Hari ini’ telah disertai seramai 90 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelanggan bank.

Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Kumpulan Bank Baiduri dengan kerjasama Tabung Darah Hospital RIPAS.
Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Kumpulan Bank Baiduri dengan kerjasama Tabung Darah Hospital RIPAS.

Antara yang menderma darah termasuk Pengurus Kanan, Sumber Manusia dan Kewangan, Veronica Chong dan Ketua Perhubungan Korporat Kumpulan Bank Baiduri, Dorothy Newn.

Veronica Chong dipetik sebagai berkata, “Ini adalah masa yang baik untuk menganjurkan kempen menderma darah kerana bekalan daripada para penderma biasanya rendah ketika bulan Ramadan.

“Tahun ini kami melanjutkan masa kempen sehingga petang, untuk membolehkan kakitangan dari cawangan-cawangan lain ikut serta,” tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA