Bank Baiduri dinobatkan bank terbaik 2016 Brunei 2016

Bank Baiduri dinobatkan bank terbaik 2016 Brunei 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Bank Baiduri telah diiktiraf oleh Global Finance sebagai The World’s Best Emerging Markets Banks in Asia-Pacific 2016 for Brunei (Bank Terbaik Dunia bagi Pasaran Yang Meningkat Naik di Asia Pasifik 2016 bagi Brunei Darussalam). Ia merupakan kali kedua bank tersebut menerima anugerah itu, yang mana kali pertamanya adalah pada tahun 2012.

Menurut kenyataan dari Bank Baiduri, anugerah itu akan diberikan kepada Bank Baiduri pada Majlis Anugerah Kewangan Dunia Terbaik 2016 nanti di Kelab Akhbar Kebangsaan di Washington, DC pada 8 Oktober 2016.

Kedudukan tahunan Bank Terbaik Dunia dalam majalah tahunan itu telah menjadi salah satu standard yang diiktiraf dan dipercayai dalam prestasi kewangan di dunia selama lebih daripada 20 tahun.

Setiap tahun, majalah Global Finance menamakan The World’s Best Emerging Markets Banks in Asia-Pacific (Bank Terbaik Dunia bagi Pasaran Yang Meningkat Naik di Asia Pasifik).

Bank Baiduri diiktiraf Global Finance sebagai Bank Pasaran Dunia Terbaik Yang Meningkat Naik di Asia Pasifik 2016 bagi Brunei Darussalam.
Bank Baiduri diiktiraf Global Finance sebagai Bank Pasaran Dunia Terbaik Yang Meningkat Naik di Asia Pasifik 2016 bagi Brunei Darussalam.

Pemilihan dibuat keatas 25 buah negara berdasarkan pertumbuhan dalam aset, keuntungan, hubungan strategik, perkhidmatan pelanggan, harga yang kompetitif, dan produk yang inovatif.

Bercakap mengenai pengiktirafan terbaru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof berkata; “Kami amat berbesar hati kerana telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai bank yang terbaik di Brunei oleh Global Finance.

“Memenangi anugerah ini adalah bukti komitmen dan keupayaan kami untuk mendapatkan kejayaan daripada kedudukan kami sebagai bank konvensional terkemuka di Brunei.

“Kami akan terus memberikan kepentingan kepada pelanggan dan masyarakat di Brunei.”

ARTIKEL YANG SAMA