Bank Baiduri hos seminar ekonomi

Bank Baiduri hos seminar ekonomi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Bank Baiduri dengan kerjasama rakan strategiknya, BNP Paribas telah menganjurkan seminar ekonomi berkaitan pasaran baru muncul ‘Less Than Zero: 2016’s Journey Into The Unknown’ yang diadakan di Indera Kayangan Ballroom, di The Empire Hotel & Country Club, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof dalam ucapan alu-aluannya menyentuh beberapa peristiwa penting ekonomi yang berlaku pada 2015, terutamanya kejatuhan harga minyak, penjualan bursa saham di China dan peningkatan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, dan lainnya.

“Semua faktor ini akan atau sebaliknya, menjejaskan ekonomi global bagi tahun 2016,” ujarnya.

Pada acara itu, seminar dibentangkan oleh Ketua Ekonomis bagi Pasaran Baru Muncul serta Pengarah Urusan bagi BNP Paribas berpangkalan di Hong Kong, Richard Iley.

Dalam seminarnya, Richard IIey yang juga ahli ekonomi serantau dan global turut berkongsi mengenai penyelidikan yang menumpukan pada China, India, Korea dan Indonesia dan juga pasaran baru muncul yang lebih luas dan perkembangan makro global.

Turut hadir pada acara itu ialah Ketua Runcit Perbankan dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dan pihak pengurusan dan kakitangan Bank Baiduri.

ARTIKEL YANG SAMA