Bank Baiduri lancar Sijil Deposit Baiduri baru

Bank Baiduri lancar Sijil Deposit Baiduri baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bank Baiduri baru-baru ini melancarkan Sijil Deposit Baiduri baru 2016 – Siri Pertama. Sijil Deposit Baiduri – Siri Pertama ini adalah sijil deposit yang pertama dikeluarkan oleh Bank Baiduri pada tahun ini.

Sijil Deposit Baiduri ini merupakan pelaburan jangka pendek dengan kadar hasil yang tinggi dan menarik. Menurut kenyataan dari Bank Baiduri, pelanggan boleh melabur dengan minimum $1,000. Dengan perakuan deposit, pelanggan boleh melabur untuk tempoh dua tahun dan menikmati pulangan yang lebih tinggi ke atas deposit mereka. Bank Baiduri adalah satu-satunya bank yang menawarkan sijil deposit selama dua tahun dengan pembayaran tahunan yang ditetapkan. Pada tahun pertama, pelanggan akan menikmati bayaran tetap sebanyak 1.5 peratus setahun dan pada tahun kedua, pembayaran tetap 1.8 peratus setahun.

Tempoh tawaran bermula sekarang dan berakhir pada 20 Mei 2016 atau sehingga langganan penuh dicapai. Dalam mengambil peluang dalam tempoh tawaran yang terhad ini, pelanggan, sama ada individu atau syarikat, mereka hanya perlu meletakkan dana baru ke dalam Sijil Deposit Baiduri 2016 – Siri Pertama ini.

Bercakap mengenai tawaran itu, Peng Eng Soon, Ketua Pusat Pengurusan Kekayaan dipetik sebagai berkata, “Kami berharap untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat Brunei dengan menyediakan pelbagai jenis produk yang boleh diakses. Sijil Deposit Baiduri menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan tetap tradisional yang akan membantu pelanggan-pelanggan kami menambah simpanan mereka. “

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Baiduri atau menghubungi Pusat Panggilan di 244 9666.