Bank Baiduri mulakan operasi di Petani Mall

Bank Baiduri mulakan operasi di Petani Mall

pg05_160608_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun –Berikutan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan secara besar-besaran, Bank Baiduri cawangan Tutong memulakan operasinya hari ini di lokasi baru iaitu di Petani Mall.

Menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan perbankan kepada individu dan perniagaan-perniagaan serta konsultasi perancangan kewangan peribadi percuma, cawangan baru tersebut mengetengahkan dekorasi moden dan kontemporari bagi menggambarkan dinamisme dan semangat inovasi Bank Baiduri.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, premis yang merangkumi dua unit kedai di bangunan itu juga dilengkapi khidmat Wi-Fi percuma serta mesin-mesin ATM bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin ramai membuat transaksi secara elektronik.

Cawangan Tutong tersebut beroperasi pada waktu perbankan biasa dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hing-ga 4 petang setiap Jumaat dan 9 pagi hingga 11:30 pagi setiap Sabtu.

pg05_160608_b

Suasana Bank Baiduri di Petani Mall, Tutong.
Suasana Bank Baiduri di Petani Mall, Tutong.

Bagaimanapun, pada bulan Ramadan, waktu operasi setiap Isnin hingga Jumaat dipendekkan sehingga pukul 3 petang sahaja.

Bank Baiduri dalam kenyataan menjelaskan, pemindahan lokasi dan penambahbaikan cawangan Tutong ini merupakan sebahagian projek konfigurasi rangkaian cawangannya untuk mencergaskan semula setiap cawangan bagi menyesuaikan segmen demografi pasaran.

Majlis pelancaran rasmi cawangan Tutong yang baru itu akan diadakan penghujung tahun ini.