Bank Baiduri promosi Deposit Mata Wang Berkembar

Bank Baiduri promosi Deposit Mata Wang Berkembar

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Sebagai penggalak dan memberi ganjaran kepada pelanggannya untuk melabur, Bank Baiduri baru-baru ini melancarkan promosi Deposit Mata Wang Berkembar. Promosi itu bermula sejak 22 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 30 September 2016.

Menurut kenyataan dari Bank Baiduri, dalam tempoh promosi selama enam bulan, pelanggan yang mendaftar untuk Deposit Mata Wang Berkembar Baiduri akan diberi baucar membeli-belah apabila mereka mencecah jumlah pelaburan terkumpul yang diwajibkan untuk setiap tingkat. Lebih tinggi jumlah pelaburan terkumpul mereka, lebih tinggi nilai ganjaran yang akan diterima oleh mereka.

Terdapat tiga tingkat kesemuanya; pelanggan dalam Tingkat 1, melabur jumlah terkumpul sebanyak $500,000 hingga $999,999 dalam Deposit Mata Wang Berkembar Baiduri dalam tempoh promosi, akan menerima baucar membeli-belah bernilai $100.

Pelanggan dalam Tingkat 2, melabur jumlah terkumpul sebanyak $1 juta hingga $1,999,999 dalam tempoh promosi, layak menerima baucar membeli-belah bernilai $300.

Tingkat tertinggi adalah Tingkat 3. Pelanggan dalam tingkat ini, melabur jumlah terkumpul sebanyak $2 juta dan lebih ketika tempoh promosi, akan diberi baucar membeli-belah bernilai $800.

Bank Baiduri mempunyai pelbagai produk pelaburan dan perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pelanggan yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka. Deposit Mata Wang Berkembar Baiduri adalah unik kerana ia adalah tukaran asing yang dikaitkan dengan deposit yang menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding produk deposit biasa.

Pilihan tempoh adalah fleksibel, bermula daripada 1 minggu, 2 minggu atau 1 bulan. Untuk promosi ini, jumlah pelaburan minimum adalah $25,000 dan pelanggan boleh memilih pasangan mata wang pilihan mereka sebagai mata wang asing yang sedia ada seperti GBP, AUD, USD, NZD serta EUR. Tertakluk kepada terma produk.

ARTIKEL YANG SAMA