Bank Baiduri tawar ganjaran hebat

Bank Baiduri tawar ganjaran hebat

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Sehingga 31 Ogos 2016, Bank Baiduri menawarkan ganjaran-ganjaran dan simpanan hebat bagi pelanggan yang mendaftar bagi Kad Kredit Visa atau MasterCard Baiduri pertama mereka.

Menurut kenyataan Baiduri, pelanggan yang mendaftar bagi Kad Kredit Infinite atau Platinum Baiduri buat pertama kali dalam tempoh promosi boleh menebus satu tiket pergi balik ke Singapura atau baucar membeli-belah bernilai $150 apabila berbelanja $500 menggunakan kad kredit baru mereka.

Sementara itu, pelanggan yang mendaftar buat pertama kali bagi Kad Kredit Klasik, boleh menebus baucar membeli-belah bernilai $50 apabila mereka berbelanja $150 menggunakan kad kredit baru mereka.

Di samping itu, pelanggan akan menerima pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun bagi kad kredit baru berkenaan serta kadar faedah sifar peratus bagi enam bulan pertama apabila mereka memindah baki kad kredit lain kepada kad kredit baru.

Sebaik sahaja pelanggan mencapai keperluan perbelanjaan minimum, mereka akan dapat menebusnya dengan menghubungi Pusat Panggilan Baiduri di talian 2449666. Oleh sebab tiket-tiket dan baucar membeli-belah terhad, ia hanya akan diberikan secara yang dahulu didahulukan.

ARTIKEL YANG SAMA