Bank Baiduri tawar promosi istimewa

Bank Baiduri tawar promosi istimewa

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini, para pemegang kad Bank Baiduri boleh menikmati pelbagai hidangan dan tawaran istimewa menerusi Promosi Sungkai Bank Baiduri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, semasa tempoh promosi itu, pemegang kad kredit dan debit Baiduri berhak mendapatkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi jumlah keseluruhan bil mereka di pelbagai restoran di semua cawangannya tertakluk kepada syarat berbelanja tidak kurang daripada $50 dan tidak lebih $300 bagi satu resit.

Diskaun 20 peratus itu juga boleh digunakan bagi perkhidmatan bawa balik di restoran tertentu.

Promosi istimewa ini berjalan setiap hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad bermula pada 10 Jun dan berakhir pada 3 Julai nanti.

Menurut kenyataan itu, bermula dari 10 hingga 12 Jun, promosi membawa tema ala barat di mana pemegang kad debit dan kredit boleh berkunjung ke restoran-restoran Pizza Hut, Fratini’s, Fish & Co dan Swensen’s untuk mendapatkan potongan 20 peratus daripada bil mereka.

Sementara itu, bagi 17 hingga 19 Jun, ia membawa tema Asia di mana para pemegang kad boleh mendapat potongan 20 peratus bagi bil mereka dengan berkunjung ke Ice Bar Shabu-Shabu, I-Lotus, Tarindak dan Nur Wanita.

Pada hujung minggu berikutannya, iaitu bermula 24 hingga 26 Jun, ia mengetengahkan tema antarabangsa iaitu Mega Bufet Freshco di Freshco Batu Satu dan Grand Bufet KBSentral di Pusat Membeli-Belah KBSentral di Kuala Belait.

Promosi itu berakhir dengan membawa tema hujung minggu Jepun, bermula 1 hingga 3 Julai di mana penjimatan 20 peratus boleh dinikmati dengan berkunjung ke Excapade Sushi, Kaizen atau Misato.

Kenyataan itu menasihatkan para pemegang kad Baiduri untuk membuat tempahan awal di restoran-restoran yang mengambil bahagian supaya mereka tidak ketinggalan merebut tawaran istimewa itu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi Sungkai berkenaan, bolehlah melayari laman sesawang Bank Baiduri www.baiduri.com atau aplikasi mudah alih Baiduri Deals.

ARTIKEL YANG SAMA