Bank Baiduri tawar promosi

Bank Baiduri tawar promosi

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Bank Baiduri dengan kerjasama Kumpulan Senja telah melancarkan promosi makan istimewa bagi semua pemegang kad Baiduri di mana bermula dari 16 Mei hingga 30 Jun.

Dalam tempoh promosi ini, pemegang kad Baiduri boleh mengumpul resit-resit makan mereka di restoran-restoran Kumpulan Senja untuk layak menerima khidmat katering percuma bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, promosi ganjaran itu merupakan kerjasama di antara Bank Baiduri dengan Kumpulan Senja yang merangkumi Le Taj, Capers Italian Pasta & Pizzeria, Senja Restoran dan juga Jungle Gym.

Kenyataan menjelaskan bahawa para pelanggan yang telah mengumpul resit kad sehingga $1,000, mereka boleh menghadapkannya kepada Le Taj di Kiulap untuk menebus pakej katering percuma bagi 20 orang yang bernilai kira-kira $7 seorang daripada menu katering mereka.

Katering percuma itu boleh ditebus bagi musim perayaan pada Julai dan Ogos bagi kawasan-kawasan berkenaan sahaja iaitu Gadong, Telanai, Mata-Mata, Beribi, Kiarong, Kiulap, Batu Bersurat, kawasan sekeliling Seri Complex, Chempaka, Kilanas, Kianggeh, Kota Batu, Subok, Belimbing, Mengkubau, Lambak Kanan, Lambak Kiri, Manggis 1, Manggis 2, Lucky Garden, Sungai Urok, Sungai Akar, Rimba, Kumbang Pasang, Serusop, Pulaie, Anggerek Desa, Mabohai, Pintu Malim, Serdang, Madewa, Bunut, Dadap dan Jangsak.

Kenyataan juga menjelaskan bahawa para pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat tambahan kepada menu itu dengan dikenakan kos tambahan.

Bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, terma serta syarat bagi promosi itu, bolehlah melayari laman sesawang Bank Baiduri, www.baiduri.com.

 

ARTIKEL YANG SAMA