Bank baru BRICS di China

Bank baru BRICS di China

SHANGHAI, 21 Julai – Sebuah bank antarabangsa baru bernilai $100 bilion yang didedikasikan kepada negara-negara BRICS yang sedang berkembang dibuka di pusat komersial China, Shanghai, hari ini, menurut para pegawai, sebagai alternatif kepada pemiutang-pemiutang pelbagai hala lain.

‘New Development Bank’ (NDB) yang disokong oleh negara yang digelar negara-negara BRIC sedang berkembang, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan dilihat sebagai cabaran kepada institusi-institusi di Washington.

Laman sesawang NDB dengan jelas menyifatkannya sebagai ‘alternatif kepada Bank Dunia yang sedia ada, yang didominasi oleh AS dan juga Dana Mata Wang Antarabangsa yang akan menangani keperluan bagi infrastruktur dan pembangunan daya saing.

Ia muncul ketika Beijing – yang memburu peranan lebih besar di arena politik sejagat bagi memperlihatkan kebangkitannya untuk menjadi ekonomi kedua terbesar dunia – juga menubuhkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) berasingan.

Menteri Kewangan China Lou Jiwei tidak memandang serius aspek persaingan itu.

“NDB akan menambah sistem kewangan antarabangsa yang sedia ada dengan cara sihat dan menerokai pembaharuan dalam model pentadbiran,” dia memberitahu majlis perasmian NDB di Shanghai, seperti yang dipetik sebagai berkata oleh agensi rasmi berita Xinhua.

Menurut bank itu di laman sesawangnya ia akan mempunyai model dibenarkan $100 bilion, dengan $50 bilion dibayar pada awalnya.

Xinhua memetik presiden bank itu K V Kamath, sebelum ini pengurus bank swasta di India, sebagai berkata bahawa pengurusan institusi ini ‘sedang mengusahakan permulaan operasi’ termasuklah ‘membentuk dasar perniagaan’ dan mengembangkan persediaan projek’.

Operasi akan bermula lewat tahun ini atau awal 2016, tambahnya. – AFP