Bank Dunia beri AS$300 juta untuk pelarian Syria

Bank Dunia beri AS$300 juta untuk pelarian Syria

WASHINGTON, 28 Sept – Bank Dunia mengumumkan ia akan memberikan AS$300 juta pinjaman untuk membantu memudahkan pasaran buruh bagi pelarian Syria di Jordan.

Dana ini akan digunakan untuk menarik pelabur dan membuat pembaharuan yang akan membantu akses geran kepada tenaga buruh Syria, katanya dalam satu kenyataan. Ramai warga Syria akan menerima permit kerja dan dapat “mengakses pekerjaan formal dan keadaan buruh yang baik,” kata kenyataan itu. – AFP