Bank Dunia gesa penderma tunaikan janji di Gaza

Bank Dunia gesa penderma tunaikan janji di Gaza

BAITULMAQDIS, 18 April (AP) – Selepas peperangan Israel ke atas militan Gaza pada 2014, negara–negara Arab mengetuai dalam bantuan pembinaan semula terhadap enklaf tepi pantai yang musnah. Tetapi laporan yang baru dikeluarkan hari ini oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan penderma–penderma Arab yang lain hanya menghantar sebahagian kecil dari apa yang pernah dijanjikan.

Bank Dunia mengeluarkan laporannya sehari sebelum perhimpunan negara –negara penderma antarabangsa di Brussels, yang menghantar mesej tajam bahawa derma tersebut adalah ketinggalan dari jadual yang ditetapkan apabila ikrar dibuat pada persidangan antarabangsa pada Oktober 2014.

“Pembayaran sebenar adalah kurang dari pembayaran yang dirancang pada sekitar AS$1.3 bilion, dan penderma diminta untuk mempercepatkan pembayaran dana tersebut,’ kata laporan. Jika penderma dana terus berada pada kedudukan sekarang, tambahnya, janji itu dijangka akan diselesaikan pada pertengahan 2019, sekitar dua tahun ketinggalan dari yang di jadualkan.

Gambar fail bertarikh 23 Julai 2015 menunjukkan pembinaan semula di kawasan kejiranan Shijaiyah, timur Bandar Raya Gaza. – AP
Gambar fail bertarikh 23 Julai 2015 menunjukkan pembinaan semula di kawasan kejiranan Shijaiyah, timur Bandar Raya Gaza. – AP