Bank Dunia kurangkan unjuran pertumbuhan

Bank Dunia kurangkan unjuran pertumbuhan

WASHINGTON, 7 Jan – Bank Dunia mengurangkan ramalan pertumbuhannya untuk ekonomi global pada 2016 semalam, memetik pertumbuhan ‘mengecewakan’ dalam ekonomi pasaran membangun seperti China dan Brazil.

Bank mengurangkan ramalan perkembangan ekonomi global untuk Jun pada 2016 sebanyak 0.4 peratusan mata kepada 2.9 peratus, walaupun ia masih lebih pesat daripada kemelesetan 2.4 peratus yang dicatat pada 2015.

“Kelemahan serentak dalam kebanyakan pasaran membangun menimbulkan masalah untuk mencapai matlamat pembasmian kemiskinan dan perkongsian kemakmuran disebabkan negara berkenaan telah menjadi penyumbang berpengaruh kepada pertumbuhan global sejak satu dekad lalu,” kata Bank Dunia.

Di tengah-tengah peralihan ekonomi, China harus melihat pertumbuhan ekonomi meleset kepada 6.7 peratus pada tahun ini berbanding 6.9 peratus pada 2015, katanya. Ramalan 2016 untuk ekonomi kedua terbesar dunia adalah 0.3 mata lebih rendah daripada enam bulan lalu dan akan menandakan prestasi paling lemahnya sejak 1990.

Sejak pertengahan 2014, China telah bertahan beberapa krisis kewangan, yang terbaru pada Isnin dengan kemerosotan tujuh peratus dalam indeks pasaran saham.

Perubahan pertumbuhan Bank Dunia adalah lebih drastik untuk dua ekonomi pasaran membangun lain yang telahpun mengalami kemelesetan: Brazil merosot 3.6 mata kepada pengecutan sebanyak 2.5 peratus, dan Rusia, kemerosotan 1.4 mata kepada pengecutan 0.7 peratus.

Kedua-dua negara telahpun terjejas oleh kemerosotan harga untuk komoditi seperti minyak dan produk pertanian.

“Terdapatnya perbezaan yang lebih besar dalam prestasi di kalangan ekonomi membangun. Berbanding dengan enam bulan lalu, risiko telah meningkat, terutamanya mereka yang dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kemelesetan dalam ekonomi membangun,” kata Karushik Basu, ketua ahli ekonomi Bank Dunia.

“Satu kombinasi dasar fiskal dan bank pusat boleh membantu dalam mengurangkan risiko berkenaan dan menyokong pertumbuhan.

“Risiko kepada prospek termasuk stres kewangan yang dikaitkan dengan pelancaran kitaran kenaikan kadar faedah oleh Simpanan Persekutuan AS pada Disember, dan ketegangan geopolitik yang meningkat, kata Bank Dunia dalam laporan Prospek Ekonomi Globalnya. Pertumbuhan global pada 2016 adalah mengecewakan dan tidak lengkap,Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde mengingatkan pada lewat Disember. – AFP