Bank Greece dibuka sementara

Bank Greece dibuka sementara

ATHENS, 30 Jun (Reuters) – Greece akan membuka semula 1,000 cawangan banknya esok sehingga penghujung minggu ini untuk memenuhi kehendak para pesara yang tidak menggunakan kad mesin ATM, kementerian kewangan berkata hari ini.

Bank-bank dijangka akan kekal ditutup untuk keperluan lain sehingga 6 Julai, sebagai sebahagian pengawalan modal yang dikenakan minggu ini untuk mengelakkan kejatuhan sistem perbankan selepas Bank Pusat Eropah membekukan bantuan kewangan yang diperlukan untuk mengekalkan bank-bank bertahan.

Walaupun mesin-mesin ATM dibuka semula pada petang kelmarin, kebanyakan warga tua yang tidak menggunakan kad kredit atau debit tidak berupaya mengeluarkan wang persaraan mereka.

Para pesara akan berupaya untuk mengeluarkan 120 euro minggu ini.

Seorang lelaki mengeluarkan 60 euro, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan selepas kawalan modal dikenakan di bank-bank Greece. – Reuters
Seorang lelaki mengeluarkan 60 euro, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan selepas kawalan modal dikenakan di bank-bank Greece. – Reuters

Kementerian kewangan mengulangi jaminan bahawa simpanan bank akan kekal selamat selepas satu pungutan suara Ahad depan pada terma perjanjian jaminan dengan pemberi pinjaman luar negara yang mana pihak kerajaan telah menolak.

ARTIKEL YANG SAMA