Bank ING kurangkan 7,000 kerja dalam transformasi digital

Bank ING kurangkan 7,000 kerja dalam transformasi digital

THE HAGUE, 3 Okt – Bank Belanda ING, pemberi pinjaman terbesar negara itu, hari ini mengumumkan pengurangan 7,000 kerja terutamanya di Belgium dan Netherlands untuk menjimatkan 900 juta euro (AS$1.01 bilion) menjelang 2021.

Langkah itu adalah sebahagiannya berdasarkan bidaan bank itu untuk membentuk semula perkhidmatannya bagi pasaran perbankan digital, yang mana katanya ia akan melabur kira-kira 800 juta euro.

“Lima tahun akan datang, sekitar 7,000 jawatan mungkin akan terjejas oleh kesan ini,” kata ketua eksekutif, Ralph Hamers.

Sambil menekankan, rancangan itu belum lagi muktamad, Hamer berkata tenaga kerja mungkin akan dikurangkan kira-kira 3,500 di Belgium dan 2,300 lagi di Netherlands. Jawatan selebihnya dijangka akan dikurangkan menerusi pembekal luar.

Ibu pejabat ING di Brussels, ING telah mengumumkan pada 3 Oktober, sekitar 7,000 jawatan akan dikurangkan dalam masa lima tahun di Belgium dan Netherlands. – AFP
Ibu pejabat ING di Brussels, ING telah mengumumkan pada 3 Oktober, sekitar 7,000 jawatan akan dikurangkan dalam masa lima tahun di Belgium dan Netherlands. – AFP

Ahli Kesatuan Belgium dan Belanda menunjukkan reaksi marah, namun penganalisis berkata pengurangan kerja itu adalah akibat daripada transformasi online dalam industri perbankan.

“Para pelanggan kini berurusan dengan kami menerusi pendigitalan dan lebih banyak menerusi peranti telefon bimbit,” kata Hamers dalam satu kenyataan.

Mereka ‘menjangkakan kami untuk mengadaptasi teknologi baru seperti mana pantasnya syarikat-syarikat dalam sektor lain,” kata Hamer, menambah ING perlu ‘menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, seperti, yang lebih bersifat peribadi dan relevan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA