Bank Jepun rangsang ekonomi

Bank Jepun rangsang ekonomi

TOKYO, 30 Okt (AFP) – Bank Jepun hari ini mengadakan mesyuarat untuk mengembangkan program rangsangan meskipun pengeluaran lebih banyak data lemah tatkala ekonomi nombor tiga dunia hampir-hampir mengalami kemelesetan.

Dalam satu kenyataan pendek selepas mesyuarat, BoJ berkata ia akan mengekal skim pembelian asset tahunan berjumlah 80 trilion yen.

Bank pusat juga mengeluarkan ramalan inflasi dan pertumbuhan separuh tahunannya pada lewat hari ini, dengan spekulasi semakin meningkat mengatakan ia akan mengurangkan prospeknya tatkala kelemahan luar negara, terutamanya di China, menjejas prospek Jepun.

Jepun mencatat inflasi lemah dan angka perbelanjaan keluarga pada awal hari ini telah menandakan BoJ mungkin mengeluarkan satu lagi perangsang untuk membendung kemelesetan.

Gabenor Bank Jepun (BoJ) Haruhiko Kuroda bercakap pada sidang media di ibu pejabat BoJ di Tokyo hari ini. – AFP
Gabenor Bank Jepun (BoJ) Haruhiko Kuroda bercakap pada sidang media di ibu pejabat BoJ di Tokyo hari ini. – AFP

Mesyuarat dasar hari ini diadakan setahun selepas bank mengejutkan pasaran dengan mengembang program, yang dilancarkan pada April 2013 dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan dan menambah inflasi kepada 2.0 peratus dalam dua tahun.

Pelonggaran mata wang BoJ merupakan satu asas kempen pertumbuhan Perdana Menteri Shinzo Abe, digelar “Abenomics,” yang telah menemui kegagalan selepas melancarkan pemulihan pasaran saham dan melemahkan mata wang yen, memberikan satu pemulihan kepada keuntungan korporat.