Bank Lloyds kurangkan 3,000 pekerjaan

Bank Lloyds kurangkan 3,000 pekerjaan

LONDON, 28 Julai – Bank Britain, Lloyds akan mengurangkan 3,000 lagi pekerjaan menjelang 2017, katanya hari ini, ketika ia bersedia bagi pengurangan kadar faedah selepas Brexit, Bank of England (BoE) minggu depan.

Kumpulan Perbankan Llyods (LBG) telah memutuskan untuk melanjutkan pelan penstrukturan semulanya dengan penutupan 200 cawangan dan 3,000 kerja menjelang hujung tahun depan, didedahkan dalam kenyataan keputusan interim.

Ia mencatatkan jumlah pengurangan kerja dalam program penstrukturan pada masa ini – yang diumumkan pada 2014 – kepada 12,000 jawatan.

BoE sementara itu menjangkakan untuk mengurangkan kadar faedah dalam masa seminggu lagi kepada catatan rendah 0.25 peratus sebagai respons kepada ketidakpastian Brexit – yang Lloyds akui telah menjejaskan ekonomi.

“Akibat sikap pelanggan yang berubah dan menjangkakan rendah bagi persekitaran kadar faedah berlanjutan, skop program penstrukturan…kini telah dilanjutkan termasuk penutupan 200 cawangan dan pengurangan 3,000 jawatan menjelang hujung 2017,” kata LBG dalam kenyataan pendapatan.

Pemberi pinjaman, yang telah mengembalikan hampir sepenuhnya kepada sektor swasta selepas bantuan kewangan kerajaan semasa krisis kewangan 2008, juga membatalkan kos penjimatan program sasaran kepada £1.4 bilion, meningkat dari £1.0 bilion.

LBG menambah hari ini bahawa keuntungan bersih, atau pendapatan selepas cukai, telah berganda kepada £1.3 bilion (AS$1.7 bilion, 1.5 bilion euro) dalam separuh pertama tahun ini, namun memberi amaran berhubung impak Brexit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA