Bank pusat Australia kekal kadar faedah

Bank pusat Australia kekal kadar faedah

SYDNEY, 4 Okt – Bank pusat Australia mengekal kadar faedah pada tahap rendah hari ini dalam mesyuarat pertama untuk ketua yang baru dilantik Philip Lowe, di tengah pertumbuhan domestik dan tanda-tanda harga komoditi telah melepasi dana mereka.

Pertumbuhan Australia tetap kukuh meskipun peralihan ekonomi yang tidak sama rata berbanding perkembangan yang didorong oleh perlombongan, namun beberapa siri angka inflasi yang lembap mendorong Bank Simpanan Australia (RBA) memotong kadar pada Mei, dan sekali lagi pada Ogos kepada 1.50 peratus.

“Lembaga memutuskan mengekalkan dasar pada mesyuarat ini adalah konsisten dengan pertumbuhan mampan dalam ekonomi dan mencapai sasaran inflasi pada masa akan datang,” kata Lowe dalam satu kenyataan selepas mesyuarat lembaga bulanan RBA.

Keputusan untuk mengekalkan dasar diramalkan oleh ahli ekonomi dan dolar Australia merosot kepada 76.67 sen AS, daripada 76.76 sen AS, selepas kenyataan dikeluarkan.

Bayang seorang lelaki di dinding bangunan Bank Simpanan Australia di Sydney pada 4 Oktober, dengan bank pusat Australia telah mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah, kelmarin. – AFP
Bayang seorang lelaki di dinding bangunan Bank Simpanan Australia di Sydney pada 4 Oktober, dengan bank pusat Australia telah mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah, kelmarin. – AFP

Ia juga mencerminkan komen Lowe kepada mesyuarat parlimen pada bulan lalu, di mana beliau memberikan peringatan mengenai pemotongan seterusnya pada kadar dan menambah bank pusat tidak “terdesak” untuk mengekal inflasi.

Australia, seperti ekonomi lain, sedang bergelut dengan inflasi rendah di tengah pertumbuhan gaji yang lemah, harga minyak yang suram dan perdagangan global yang lembap.

Inflasi meningkat sebanyak satu peratus pada April-Jun, tahap rendah 17-tahun, jauh di bawah sasaran Bank Simpanan sebanyak 2.0-3.0 peratus.

Data indeks harga pengguna seterusnya akan dikeluarkan pada lewat Oktober.

“Ia akan menjadi mesyuarat yang menarik memandangkan ia adalah mesyuarat pertama untuk Phil Lowe sebagai gabenor RBA,” beritahu ahli ekonomi JP Morgan Tom Kennedy kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA