Bank pusat Brazil kekalkan kadar faedah

Bank pusat Brazil kekalkan kadar faedah

BRASILIA, 26 Nov (AFP) – Bank Pusat Brazil mengekalkan kadar faedah utamanya pada 14.25 peratus semalam, dalam langkah yang bertujuan menangani inflasi yang dijangkakan oleh pasaran.

Denan undi enam berbanding dua, bank itu berkata jawatankuasa dasar kewangannya mengundi untuk mengekalkan kadar berdasarkan analisis ke atas situasi makroekonomi Brazil dan gambaran inflasi.

Keputusan itu dibuat ketika ekonomi ketujuh terbesar di dunia itu berdepan dengan kemelesetan melampau dan kadar inflasi yang mencecah 9.93 peratus dalam bulan Oktober, tertinggi dalam tempoh sedekad.

Memperlihatkan masalah yang semakin mendalam bagi negara terbesar di Amerika Latin itu, Dana Kewangan Antarabangsa meramalkan pengecutan tiga peratus dalam ekonomi Brazil tahun ini.

Perangkaan kerajaan yang dikeluarkan minggu ini malah lebih pesimis dengan ramalan GDP akan mengecut 3.1 peratus tahun ini dan 1.9 peratus seterusnya.

Ini berlaku dalam berbandingan beberapa tahun lalu – dalam tahun 2010, ekonomi Brazil tumbuh 7.5 peratus, diikuti dengan lebih banyak pertumbuhan sederhana.

Matawang Brazil juga berdepan masalah, dengan kerugian sebenar nilainya kira-kira 30 peratus berbanding dolar. Kadar pengangguran meningkat lapan bulan berturut-turut kepada stabil 7.6 peratus, kadar tertinggi sejak 2009.

ARTIKEL YANG SAMA